Lonjakan kes harian di Thailand

BANGKOK 7 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand terus melonjak apabila merekodkan 7,526 kes baharu berbanding 5,775 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,252,776.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 19 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,799 kematian.

Semalam, sebanyak 2,895 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Jumlah kumulatif sembuh kini 2,188,397 orang.

Sementara itu menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Chon Buri mendahului rekod jangkitan dengan 1,342 kes diikuti Samut Prakan 561 kes, Bangkok 456, Ubon Ratchathani 431, Khon Kaen 305, Chiang Mai 292, Nonthaburi 282, Phuket 256, Nakhon Si Thammarat 214 dan Rayong 191.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 29 dan 93 tahun dengan , wilayah Ratchaburi merekodkan enam kes, manakala dua kes masing-masing di

Bangkok, Phitsanulok dan Yala sera satu kes masing-masing di Bung Kan, Mae Hong Son, Trang, Pattani, Phatthalung, Satun dan Lop Buri.

Related posts

Leave a Comment