Tangkap jika keluar rumah tanpa vaksin

MANILA 7 Jan. –  Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, memberi amaran mereka yang tidak disuntik vaksin Covid-19 akan ditahan jika ingkar perintah duduk di rumah berikutan jangkitan mencatat rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Dalam ucapan rasmi menerusi televisyen, beliau meminta pemimpin masyarakat mengawasi mereka yang tidak divaksin dan memastikan tidak meninggalkan rumah masing-masing.

“Kalau mereka enggan, masih mahu keluar rumah dan bercampur dengan masyarakat, mereka patut dihalang dan jika masih degil, pemimpin masyarakat boleh menahan mereka,” katanya.

Menurut Duterte, ini merupakan tanggungjawabnya untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.

Beliau juga mencabar mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan arahan terbaharu itu untuk memfailkan kes terhadapnya.

Jangkitan harian Covid-19 di Filipina mencecah paras tertinggi sejak 26 September dengan merekodkan 17,220 kes semalam berbanding hari sebelumnya 10,775 kes.

Related posts

Leave a Comment