27 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 7 Jan. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,577.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah tersebut termasuk tiga kes import.

Sebanyak lapan kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,345 pesakit pulih.

Terdapat peningkatan kes aktif iaitu 130 kes berbanding 111 yang direkodkan semalam

Related posts

Leave a Comment