Kes Malaysia turun sedikit

PUTRAJAYA 7 Jan. – Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan catatan 3,381 kes baharu untuk tempoh 24 jam yang lalu, berbanding 3,543 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata,  jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,780,080 kes.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 879 kes diikuti Kelantan 385, Johor 299, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 271, Sabah 242, Pahang 226, Pulau Pinang 219 dan Kedah 216.

Negeri Sembilan merekodkan 172 kes, Perak 161, Melaka 141, Terengganu 94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 30, Sarawak 18 manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing 14.

Related posts

Leave a Comment