Jumlah kes di Filipina cecah 2.9 juta

MANILA 7 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila jumlah jangkitan meningkat kepada 21,819 berbanding 17,220 yang direkodkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan sebanyak 129 orang lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 berbanding 81 kes semalam.

Dengan pertambahan kes baharu itu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,910,664 dengan kumulatif meninggal dunia pula sebanyak 51,871 orang.

Sebanyak 973 lagi pesakit sembuh, yang merupakan pertambahan kes berbanding 616 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,781,424.

Jumlah kes aktif pula turut menunjukkan peningkatan dengan 77,369 kes berbanding 56,561 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment