Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA  7 Jan.  – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.96 berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Sebelas negeri melepasi kadar kebangsaan itu didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.10 dan Sabah 1.05.

Empat negeri mencatatkan kadar 0.99 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka manakala Johor, Kelantan dan Pahang masing-masing 0.98 diikuti Pulau Pinang dan Perlis masing-masing 0.97.

Tiga negeri merekodkan 0.95 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak sementara Terengganu 0.93.

Sarawak pula dengan kadar terendah iaitu 0.83

Related posts

Leave a Comment