Sengaja ‘umpan’ golongan tidak divaksin

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui dia sengaja mahu golongan yang tidak divaksin ‘naik angin’, dalam satu temuramah pada Selasa.

“Yang tidak divaksin, saya benar-benar mahu membuatkan mereka marah. Dan kami akan terus berbuat demikian, itulah strateginya,” katanya.

Pengakuan itu menerima kecaman hebat pembangkang, kurang empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan datang.

“Saya tidak akan menghantar (yang tidak divaksinasi) ke penjara, saya tidak akan memaksa mereka mengambil vaksin. Tetapi kita beritahu mereka, mulai 15 Januari, kamu tidak boleh pergi ke restoran lagi, menonton teater dan pawagam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu temuramah akhbar baru-baru ini.

Perancis tahun lalu melaksanakan pas kesihatan yang menghalang individu tanpa ujian PCR atau bukti vaksinasi Covid-19 untuk memasuki restoran, kafe dan beberapa tempat lain.

Kerajaan pimpinan Macron juga berhasrat menjadikannya pasport vaksin, yang bermakna hanya mereka yang divaksin boleh memiliki kelebihan tertentu.

Macron pernah dikritik sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa dan disifatkan rakyat Perancis sebagai sombong.

Related posts

Leave a Comment