Kadar kebolehjangkitan turun 0.97

PUTRAJAYA 6 Jan.  – Selepas empat hari kekal dengan angka 0.99, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.97.

Lima negeri melepasi kadar kebangsaan itu manakala tiga lagi negeri menyamai 0.97 iaitu Sabah 1.03, Perlis 1.01, Negeri Sembilan 0.99, Kelantan 0.99, Kedah 0.98, Pulau Pinang 0.97 dan Melaka 0.97.

Negeri-negeri di bawah kadar 0.97 adalah Johor 0.96, Putrajaya 0.96, Pahang 0.95, Perak 0.95, Selangor 0.94, Kuala Lumpur 0.93, Terengganu 0.93, dan Sarawak 0.86.

Related posts

Leave a Comment