Tidak sebut lagi perkataan ‘L’

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kerajaan akan menggunakan kaedah yang berkesan, tetapi tidak keterlaluan dalam usaha membendung jangkitan Covid-19 berbanding pelaksanaan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kaedah sekatan pergerakan, perintah berkurung dan seumpamanya adalah langkah ke belakang. “We dont mention the ‘L’ word anymore (kita tak sebut lagi perkataan L itu), sebaliknya semua tindak balas akan dibuat mengikut kaedah yang berkesan, tetapi tidak keterlaluan. Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyelaras langkah pembendungan dan kawalan wabak menerusi pendekatan lebih terangkum. Beliau berkata tindakan seperti membuka…

Read More

Singapura tambah 813 kes baharu

SINGAPURA 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 813 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 390 kes import serta satu kematian. Menurut MoH, sebanyak 365 kes baharu varian Omicron disahkan di mana 131 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan 234 adalah kes import. Daripada 813 kes, sebanyak 405 kes baharu dalam masyarakat, 19 kes baharu di dormitori pekerja asing dan 390 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 283,214 dengan jumlah kematian 835 orang. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.50, meningkat berbanding…

Read More

Lonjakan kes juga di Thailand

BANGKOK 6 Jan. – Thailand yang merekodkan peningkatan 5,775 kes baharu jangkitan hari ini menaikkan amaran Covid-19 dari Tahap Tiga ke Tahap Empat, dalam usaha membendung lonjakan kes akibat varian Omicron. Pertambahan itu merupakan kira-kira 48 peratus peningkatan berbanding 3,899 kes yang direkodkan semalam. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 mencecah 2,245,250 kes dengan 21,780 kematian termasuk 11 yang meninggal dunia hari ini. Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrajit berkata bilangan kes baharu meningkat secara mendadak. “Gelombang baharu Covid-19 telah melanda dengan kes baharu merebak dengan cepat. Oleh…

Read More

533 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 6 Jan. – Indonesia merekodkan 533 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kematian tujuh orang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,264,669 orang dan 144,116 meninggal dunia. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,115,358 orang selepas 209 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 5,195. Terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Papua Barat  68 orang menjadikan kumulatifnya 23,300 orang, diikuti DKI Jakarta  50 (851,541), Jawa Barat 27 (693,711), Jawa Timur 20 (370,309) serta Jawa Tengah 14 (455,663). Bagi kes positif pula, lima provinsi dengan…

Read More

Filipina catat peningkatan kes harian

MANILA 6 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 17,220 kes baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 10,775 yang direkodkan semalam. Jumlah kematian baharu juga meningkat apabila 81 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 58 orang semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,888,917 dan jumlah kematian pula meningkat kepada 51,743 orang. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 616 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 2,780,613 orang pulih atau 96.3 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 56,561 berbanding 39,974 yang direkodkan semalam.

Read More

Malaysia catat 3,543 kes baharu

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan 3,543 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 3,270 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 2,776,699 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 364 kes import melibatkan 322 warganegara dan 42 bukan warganegara manakala daripada 3,179 kes tempatan, sebanyak 132 kes bukan warganegara. Sebanyak 3,484 pesakit  dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,705,292. Daripada 3,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 53 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,490 kes (98.5 peratus)…

Read More

Kes harian Arab Saudi 3,168

RIYADH 6 Jan. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 dengan merekodkan 3,168 kes baharu jangkitan hari ini berbanding 3,054 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam dengan tiga kematian. Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 568,168 dan 8,888 kematian. Mengikut rekod, pada 1 Januari, jumlah kes yang direkodkan adalah 846, diikuti 1,024 (2 Januari), 1,746 (3 Januari ) dan 2,585 (4 Januari). Menurut MoH, sebanyak 608 pesakit dilaporkan…

Read More

Rentas negara tanpa vaksinasi

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan seramai 17 daripada 122 individu yang disahkan dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu, didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya sedang meneliti alasan di sebalik rekod segelintir pengembara dari luar negara berkenaan yang tidak mempunyai sejarah pengambilan pelalian Covid-19. “Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini. Jelasnya, 17 individu atau 14 peratus daripada yang disahkan…

Read More

245 kes positif Omicron di Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Sebanyak 245 kes positif Covid-19 varian Omicron dikesan di negara ini setakat hari ini di mana 157 daripadanya atau 64.08 peratus membabitkan jemaah umrah. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 233 kes adalah jangkitan import manakala 12 kes lagi penularan tempatan di Sarawak. Katanya, ia penambahan sebanyak 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini kepada jumlah jangkitan pada 4 Januari lalu yang merekodkan 122 kes. Sebanyak 44 kes positif Covid-19 disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan oleh Institut…

Read More

Masjid di Perlis rapatkan saf

ARAU 6 Jan. – Semua masjid di seluruh Perlis akan mula solat berjemaah dengan merapatkan saf, mengikut kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan saiz sejadah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal. Kebenaran ini yang berkuat kuasa mulai solat Subuh Sabtu ini adalah kepada masjid sahaja, manakala surau atau tempat solat umum atau awam ‘kekal tidak dibuka’ (solat berjemaah merapatkan saf). Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), keputusan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini.…

Read More