Singapura tambah 813 kes baharu

SINGAPURA 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 813 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 390 kes import serta satu kematian.

Menurut MoH, sebanyak 365 kes baharu varian Omicron disahkan di mana 131 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan 234 adalah kes import.

Daripada 813 kes, sebanyak 405 kes baharu dalam masyarakat, 19 kes baharu di dormitori pekerja asing dan 390 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 283,214 dengan jumlah kematian 835 orang.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.50, meningkat berbanding 1.28 semalam dan ini merupakan hari ke-13 berturut-turut, kadar pertumbuhan itu meningkat.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu seramai 171 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 185 semalam manakala 392 dibenarkan keluar hospital.

Sebanyak 17 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tiga dipantau rapi di ICU, 13 sakit tenat di ICU

Related posts

Leave a Comment