533 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 6 Jan. – Indonesia merekodkan 533 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kematian tujuh orang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,264,669 orang dan 144,116 meninggal dunia.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,115,358 orang selepas 209 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 5,195.

Terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Papua Barat  68 orang menjadikan kumulatifnya 23,300 orang, diikuti DKI Jakarta  50 (851,541), Jawa Barat 27 (693,711), Jawa Timur 20 (370,309) serta Jawa Tengah 14 (455,663).

Bagi kes positif pula, lima provinsi dengan angka tertinggi adalah DKI Jakarta dengan 267 kes dan kumulatifnya 866,331, diikuti Kepulauan Riau 123 (54,500),  Jawa Timur 25 (400,153), Jawa Barat 24 (708,971) serta Banten 21 (132,897).

Sementara itu, enam provinsi yang menambahkan kematian adalah Jawa Tengah dengan dua kes menjadikan jumlah kumulatifnya 30,290 manakala lima provinsi lagi masing-masing mencatatkan satu kematian dengan kumulatif di Jakarta 13,609, Yogyakarta 5,272, Sumatera Utara 2,895, Sulawesi Utara 1,063 dan Jambi 782. 

Mengenai program vaksinasi pula, penerima vaksin dos pertama bertambah 773,534 dengan jumlah keseluruhan 167,999,777 orang manakala penerima dos kedua bertambah 731,980 orang dan jumlahnya meningkat kepada 115,554,584 orang.

Penerima dos ketiga pula bertambah 2,046 orang dengan jumlah kumulatif 1,297,372 orang.

Related posts

Leave a Comment