Rentas negara tanpa vaksinasi

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan seramai 17 daripada 122 individu yang disahkan dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu, didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya sedang meneliti alasan di sebalik rekod segelintir pengembara dari luar negara berkenaan yang tidak mempunyai sejarah pengambilan pelalian Covid-19.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Jelasnya, 17 individu atau 14 peratus daripada yang disahkan dijangkiti varian membimbangkan (VOC) itu membabitkan 10 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom membabitkan empat kes, Nigeria (empat), Emiriyah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment