565 kes harian di Arab Saudi

JEDDAH 9 Mei – Arab Saudi merekodkan 565 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah kes harian tertinggi direkodkan sejak 28 Februari lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 755,980 dengan satu kematian dilaporkan menjadi 9,104 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 114 pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 742,677 atau 98.4 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan.

Sementara itu, kadar vaksinasi yang direkodkan negara itu adalah 64.59 juta dos.

Related posts

Leave a Comment