Filipina catat peningkatan kes harian

MANILA 6 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 17,220 kes baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 10,775 yang direkodkan semalam.

Jumlah kematian baharu juga meningkat apabila 81 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 58 orang semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,888,917 dan jumlah kematian pula meningkat kepada 51,743 orang.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 616 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 2,780,613 orang pulih atau 96.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 56,561 berbanding 39,974 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment