Malaysia catat 3,543 kes baharu

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan 3,543 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 3,270 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 2,776,699 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 364 kes import melibatkan 322 warganegara dan 42 bukan warganegara manakala daripada 3,179 kes tempatan, sebanyak 132 kes bukan warganegara.

Sebanyak 3,484 pesakit  dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,705,292.

Daripada 3,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 53 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,490 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 253 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) meliputi 203 kes disahkan Covid-19; 50 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Di samping itu, 130 kes memerlukan bantuan pernafasan (86 kes disahkan Covid-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Sebanyak tujuh kluster baharu dikesan menjadikan 6,150 kluster dan daripada jumlah itu, 5,960 kluster telah tamat dan 190 masih aktif.

Related posts

Leave a Comment