Lonjakan kes juga di Thailand

BANGKOK 6 Jan. – Thailand yang merekodkan peningkatan 5,775 kes baharu jangkitan hari ini menaikkan amaran Covid-19 dari Tahap Tiga ke Tahap Empat, dalam usaha membendung lonjakan kes akibat varian Omicron.

Pertambahan itu merupakan kira-kira 48 peratus peningkatan berbanding 3,899 kes yang direkodkan semalam.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 mencecah 2,245,250 kes dengan 21,780 kematian termasuk 11 yang meninggal dunia hari ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrajit berkata bilangan kes baharu meningkat secara mendadak.

“Gelombang baharu Covid-19 telah melanda dengan kes baharu merebak dengan cepat. Oleh itu, kita perlu meningkatkan amaran kepada tahap empat, lebih banyak sekatan dan penarikan balik akan diumumkan bagi membendung penularan jangkitan,” katanya pada sidang media.

Di bawah amaran tahap empat, kerajaan mungkin mengenakan semula peraturan  termasuk bekerja dari rumah, menutup premis berisiko tinggi, sekatan terhadap perhimpunan awam dan menangguh perjalanan domestik.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong memberi amaran jumlah kes baharu Covid-19 boleh mencecah 10,000 sehari.

Related posts

Leave a Comment