RIYADH 6 Jan. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 dengan merekodkan 3,168 kes baharu jangkitan hari ini berbanding 3,054 kes semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam dengan tiga kematian.
Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 568,168 dan 8,888 kematian.
Mengikut rekod, pada 1 Januari, jumlah kes yang direkodkan adalah 846, diikuti
1,024 (2 Januari), 1,746 (3 Januari ) dan 2,585 (4 Januari).
Menurut MoH, sebanyak 608 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 544,161 orang.
Dalam kalangan kes aktif pula sebanyak 117 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.
