Lebih 6 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Dis. – Lebih enam juta individu mendapatkan dos penggalak setakat ini selepas 197,121 lagi menerima suntikan itu semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,109,673 orang.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 78.4 peratus atau 25,609,301 daripada populasi keseluruhan telah lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,995,014 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,855,374 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan dan 98.9 peratus atau 23,148,776 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala bagi populasi remaja, seramai 2,753,927 individu atau 87.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.4 peratus atau 2,846,238 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 205,259 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah 57,515,286 dos.

Related posts

Leave a Comment