226 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 30 Dis. – Kes harian Covid-19 di Sabah melepasi angka 200 apabila merekodkan 226 kes, meningkat 34 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi 46 kes, diikuti Tuaran 37 kes.

Lapan daerah lain mencatatkan kes antara 10 hingga 18 kes manakala 14 daerah mencatatkan kes satu angka dan tiga daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi masing-masing dengan 37 dan 15 kes manakala Ranau adalah satu-satunya daerah yang menunjukkan penurunan kes baharu iaitu 12 kes.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata tujuh kematian dilaporkan iaitu dua di Penampang manakala masing-masing satu kes di Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tambunan.

Related posts

Leave a Comment