Kes terus meningkat di Arab Saudi

RIYADH 30 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan pertambahan kes baharu Covid-19 apabila merekodkan 752 kes berbanding 744 semalam manakala jumlah kematian pula kekal seorang.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 555,417 orang dan 8,875 orang meninggal dunia.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 226 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 541,614.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 49 orang dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment