Lima kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Dis. – Lima lagi kes baharu jangkitan Covid-19 – tiga tempatan dan dua import – dilaporkan di negara ini yang membawa jumlah keseluruhan setakat ini 15,470 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,681 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Bercakap pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tidak ada kes dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

Katanya satu kes masih dalam Kategori 5 , memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine, ECMO di Unit Rawatan Intensif.

Tujuh kes disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah keseluruhan 15,272 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 98 kes.

Sementara itu, bagi Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 29 Disember, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurang satu dos ialah 94.5 peratus; dua dos 93.3 peratus; manakala kadar yang menerima tiga dos ialah 19.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment