Hanya lengkap vaksinasi solat di masjid

SINGAPURA 30 Dis. – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan mulai  1 Januari 2022, hanya individu lengkap divaksin boleh menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid yang menyediakan solat jemaah untuk lebih 50 jemaah.

Langkah itu selaras dengan pelaksanaan Langkah-Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) oleh Kementerian Kesihatan (MoH) bagi tempat-tempat awam tertentu termasuk semua rumah ibadat.

Bagaimanapun individu yang tidak divaksin atas sebab perubatan, mereka yang sudah pulih daripada Covid-19 dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan dikecualikan daripada langkah VDS tersebut.

MUIS dalam satu kenyataan berkata, bagi bulan Januari 2022, semua individu yang masih belum divaksin atas kehendak sendiri hanya boleh mengerjakan solat berjemaah di 10 Masjid Satu Zon yang ditetapkan.

Ini termasuk bagi kedua-dua solat Jumaat dan solat lima waktu. Ujian pra-acara (PET) tidak lagi perlu dilakukan untuk memasuki masjid.

Senarai masjid untuk individu tidak divaksin boleh didapatkan melalui pautan di https://bit.ly/3gINeV0

Related posts

Leave a Comment