Singapura catat 311 kes baharu

SINGAPURA 30 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 311 kes baharu Covid-19 dan seorang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura setakat ini 279,061 dengan 827 kematian.

Menurut MoH, sebanyak 103 kes varian Omicron disahkan di sini hari ini – 33 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala 70 adalah kes import.

Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 193 adalah kes baharu dalam masyarakat, empat kes di asrama pekerja asing dan 114 kes import.

Sementara itu, seramai 279 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 305 semalam.

Sebanyak 45 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat kes dipantau rapi  dan 16 tenat di ICU manakala 273 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Rabu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak – iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas – sudah melengkapkan vaksinasi manakala 87 peratus menerima satu dos dan 40 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment