Kes jangkitan harian Arab Saudi 744

RIYADH 29 Dis. – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis ini berikutan lonjakan kes harian Covid-19 yang hari ini melebihi 700 kes. Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri Saudi melaporkan peraturan itu akan bermula 7 pagi 30 Disember. Peraturan itu – memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal turut melibatkan petugas dan jemaah di Masjidilharam Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19…

Read More

2,575 kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Dis. – Sebanyak 2,575 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 17 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 2,217,287 dan 21,647 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,305 yang direkodkan semalam manakala jumlah kes kematian pula tur berbanding 32 kes semalam. Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 2,535 kes dalam kalangan orang awam termasuk 116 kes import dan 40 dalam kalangan banduan.. Semalam sebanyak 2,695 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,162,138 orang.…

Read More

889 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Dis. – Filipina merekodkan 889 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 421 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan negara itu setakat ini sebanyak 2,839,790. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 28 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,241 orang meninggal dunia. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 2,778,131 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 214 kes yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif pula menunjukkan peningkatan iaitu 10,418 berbanding 9,750 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes keseluruhan Brunei 15,465

BERAKAS 29 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan empat kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,465, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar. Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,675 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kadar kes positif hari ini adalah sebanyak 0.1 peratus. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata, dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen juga di bawah…

Read More

Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 29 Dis. – Sebanyak 3,683 kes jangkitan Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata pertambahan kes penularan itu menjadikan angka jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 2,750,516 individu. Angka harian itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,897 yang direkodkan semalam dan 2,757 pada 27 Disember lalu.

Read More

Tiga kes Omicron di Negeri Sembilan

SEREMBAN 29 Dis. – Tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam. Pengesanan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan. Memetik laporan Bernama, veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas. Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban.…

Read More

Long Tiger dipercayai mahu rentas negara

JOHOR BAHRU 29 Dis. – Pendatang Rohingya, ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33 dipercayai dalam perjalanan melarikan diri ke negara jiran sebelum ditahan polis dalam serbuan di Jalan Kuala Ketil, Kedah, semalam. Suspek yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia. Dia kini dalam tahanan reman selama empat hari selepas perintah terbabit dikeluarkan oleh Majistret Tangkak, Analia Kamaruddin, pagi tadi bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.…

Read More

Risiko varian Omicron ‘sangat tinggi’

GENEVA: Risiko yang ditimbulkan varian Omicron masih “sangat tinggi”, selepas jumlah kes Covid-19 meningkat sebanyak 11 peratus di seluruh dunia minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Omicron merupakan punca lonjakan pesat virus itu di beberapa negara, termasuk negara yang telah mengatasi varian Delta yang dominan sebelumnya. Bukti yang konsisten menunjukkan Omicron tumbuh lebih pesat berbanding  Delta iaitu naik seganda dalam dua, tiga hari dan peningkatan pesat itu dilihat di beberapa negara, termasuk Britain dan Amerika Syarikat, di mana ia menjadi varian dominan. Menurut WHO,…

Read More

Ujian pantas hasil negatif palsu?

WASHINGTON: Ujian pantas Covid-19 yang dilakukan di rumah berkemungkinan akan memberikan hasil negatif palsu bagi varian Omicron, yang sangat cepat berubah bentuk, berbanding strain sebelumnya. Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) semalam, ia sedang bekerjasama dengan Institut Kesihatan Nasional (NIH) untuk mengkaji prestasi kit ujian di rumah, juga dikenali sebagai ujian “antigen”, terhadap sampel pesakit yang mengandungi versi hidup varian Omicron. “Data awal mencadangkan bahawa ujian antigen mampu mengesan varian Omicron tetapi mungkin mempunyai sensitiviti yang berkurangan,” kata FDA dalam satu kenyataan. Sensitiviti mengukur sejauh mana kemungkinan ujian…

Read More