Indonesia mahu tanam gandum

JAKARTA – Dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import gandum, Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan bagi menjalankan percubaan penanaman komodoti itu.

Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman yang mengiringi Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan ke Jordan dan beberapa negara lain berkata, Jordan bersetuju membantu Indonesia dalam usaha menanam gandum.

“Kami telah menjemput pakar dari Jordan, kami juga telah menilai kesesuaian iklim untuk pertanian di seluruh Indonesia dan kini sedang mengenal pasti benih unggul yang boleh ditanam di sini,” katanya pada sidang media di pejabatnya.

Amran menegaskan jika pelan itu berjaya, ia akan membantu mengurangkan import gandum dari luar negara.

Indonesia sebelum ini berjaya menanam kurma dari Timur Tengah di wilayah-wilayah tropika negara itu.

Pada Selasa, beliau menandatangani perjanjian kerjasama pertanian dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Khaled Huneifat.

Related posts

Leave a Comment