Lonjakan kes di Arab Saudi

RIYADH 27 Dis. – Kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus melonjak apabila merekodkan 524 kes baharu hari ini berbanding 389 kes yang direkodkan semalam. Sebelum ini, pada 24 Disember, sebanyak 332 kes direkodkan, berbanding hari sebelumnya sebanyak 287 kes. Jumlah kes harian mula menunjukkan peningkatan berbanding beberapa minggu sebelumnya yang merekodkan angka di bawah 100 dan 50 kes. Pada 10 Disember, angka yang direkodkan adalah 48 dan naik kepada 53 pada hari berikutnya, naik kepada 64 pada 13 Disember, 88 kes 15 Disember, dan 116 kes pada 18…

Read More

318 kes baharu di Filipina

MANILA 27 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 318 kes baharu Covid-19.menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,838,792. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 255 pesakit sembuh menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 2,778,002 orang. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,211 orang apabila 11 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 9,579 naik sedikit berbanding 9,522 yang direkodkan semalam.

Read More

Kluster mangsa banjir dikesan

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster komuniti pertama melibatkan penularan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS). Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan hari ini dan ia melibatkan sebuah PPS dalam daerah Bentong, Pahang. Menurutnya, kes indeks bagi Kluster Karak Setia itu merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 19 Disember 2021 melalui saringan individu bergejala. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kes mula bergejala demam, batuk, selesema, dan hilang deria bau sejak 18 Disember 2021. Sehingga 27 Disember…

Read More

Agong tinjau kerja pembersihan

TEMERLOH 27 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat meninjau Pasukan Bencana Istana Negara melakukan kerja-kerja pembersihan di Balairaya Kampung Serdang di Mentakab, Pahang yang terkesan akibat dilanda banjir besar tiga hari lalu. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Pasukan Bencana Istana Negara yang diketuai Pengarah Operasi, Zahari Yahya bersama 45 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara tiba di Mentakab semalam bagi misi bantuan bencana…

Read More

Kes harian Malaysia 2,757

PUTRAJAYA 27 Dis. – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini terus mencatatkan angka di bawah 3,000 apabila sebanyak 2,757 direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 2,743,936. Semalam, sebanyak 2,778 kes Covid-19 dilaporkan iaitu jumlah di bawah 3,000 buat kali kedua yang direkodkan sepanjang bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, hanya 40 dalam kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya adalah kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala serta bergejala ringan. Kes harian ini membabitkan 2,594…

Read More

Dua kes Omicron di Pulau Pinang

TANJONG 27 Dis. – Pulau Pinang kini mempunyai dua kes jangkitan baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Katanya, kes import itu dikesan melalui dua individu yang pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah. Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi. “Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya di sini, hari…

Read More

Diskaun penunggang motosikal, basikal

TANJONG 27 Dis. – Penunggang motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri menghubungkan Seberang Perai dan bahagian pulau di Pulau Pinang bakal menikmati diskaun 50 peratus selama enam bulan bermula 1 Januari. Ini bermakna, mulai tarikh itu, penunggang motosikal akan membayar RM1 dan 60 sen bagi penunggang basikal. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPSB), Tan Teik Cheng berkata, potongan separuh harga tiket selama enam bulan pada tahun hadapan itu adalah untuk pengguna feri RORO bagi kenderaan beroda. Katanya bagi tempoh itu, PPSB menanggung peruntukan RM58,333 sebulan atau keseluruhannya RM350,000. “Penggunaan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.90

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.90 sama seperti 23 Disember lalu berbanding 0.88 pada hari sebelumnya . Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.01 yang merupakan satu-satunya negeri yang merekodkan lebih 1.00. Ini diikuti Johor 0.97, Pulau Pinang 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Perak 093, Kelantan 0.93, Perlis 0.91, Kedah 0.91, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.90. Lima negeri merekodkan di bawah 0.90 iaitu Melaka 0.87, Pahang 0.86, Sabah 0.82, Sarawak dan…

Read More

Kes import Omicron naik di Indonesia

JAKARTA 27 Dis. – Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkat  kepada 46 sehingga semalam berikutan pertambahan 25 kes yang dikesan semasa kuarantin. Menurut  jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi, kes terbaharu itu melibatkan warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom. Satu lagi kes melibatkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara. Kes Omicron dikesan apabila pelaku perjalanan antarabangsa tiba di Indonesia…

Read More