318 kes baharu di Filipina

MANILA 27 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 318 kes baharu Covid-19.menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,838,792.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 255 pesakit sembuh menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 2,778,002 orang.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,211 orang apabila 11 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 9,579 naik sedikit berbanding 9,522 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment