Kadar kebolehjangkitan naik 0.90

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.90 sama seperti 23 Disember lalu berbanding 0.88 pada hari sebelumnya .

Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.01 yang merupakan satu-satunya negeri yang merekodkan lebih 1.00.

Ini diikuti Johor 0.97, Pulau Pinang 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Perak 093, Kelantan 0.93, Perlis 0.91, Kedah 0.91, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.90.

Lima negeri merekodkan di bawah 0.90 iaitu Melaka 0.87, Pahang 0.86, Sabah 0.82, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.72.

Related posts

Leave a Comment