Kes import Omicron naik di Indonesia

JAKARTA 27 Dis. – Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkat  kepada 46 sehingga semalam berikutan pertambahan 25 kes yang dikesan semasa kuarantin.

Menurut  jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi, kes terbaharu itu melibatkan warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.

Satu lagi kes melibatkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara.

Kes Omicron dikesan apabila pelaku perjalanan antarabangsa tiba di Indonesia dan dikuarantin selama 10 hari.

Beberapa kes dikesan selepas mereka telah menghabiskan lebih daripada tiga hari di kuarantin. Ini menunjukkan 10 hari kuarantin adalah tempoh yang betul untuk mencegah pesakit dengan Omicron daripada menjangkiti orang lain di luar kemudahan kuarantin.

Pada 17 Disember, hasil siasatan terhadap lima kes berkemungkinan, dua kes warganegara dari England dan Amerika Syarikat disahkan positif. Ini diikuti pada 22 Disember, dua kes baharu Omicron dikesan.

Pada 23 Disember, ada tiga kes baharu melibatkan warganegara yang baru pulang dari Malaysia dan Congo, 24 Disember, terdapat pertambahan kes iaitu 11 orang yang datang dari pengembara dari Turki, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.

Related posts

Leave a Comment