Kes Omicron boleh cecah 2 juta

BRITAIN 20 Dis. – Menteri Kesihatan, Sajid Javid, memberi amaran tentang kemungkinan langkah-langkah lebih ketat dikuatkuasakan menjelang perayaan Krismas berikutan kenaikan kes Covid-19 di Eropah termasuk varian Omicron. Menurut Javid penularan varian Omicron pantas berubah dan jumlah kes jangkitan varian itu boleh mencecah dua juta menjelang hujung bulan ini jika sekatan-sekatan lebih ketat tidak dilaksanakan. Kerajaan Britain sudahpun memperkenalkan peraturan lebih ketat di bawah Pelan B demi membendung penularan varian tersebut. Datuk Bandar London Sadiq Khan yakin bahawa pelaksanaan sekatan-sekatan tambahan bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan demi melindungi khidmat jagaan…

Read More

Thailand lapor 2,525 kes baharu

BANGKOK 20 Dis. – Thailand merekodkan 31 kematian baharu akibat Covid-19 dengan jumlah kes harian turun kepada 2,525 kes berbanding 2,899 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 21,408 orang manakala jumlah kumulatif kes pula 2,194,053. Terdapat 2,502 kes dalam kalangan orang awam termasuk 42 kes import dan 23 dalam kalangan banduan. Semalam sebanyak 4,190 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,132,548 orang pulih. Kes kematian pula melibatkan individu yang berusia 30 hingga 99 tahun termasuk seorang warga Myanmar di mana wilayah utara merekodkan 10 kematian…

Read More

Kes baharu Covid-19 Filipina 263

MANILA 20 Dis. – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 263 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,837,730 kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 390 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 2,777,354 orang atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula terus meningkat apabila 45 lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 50,784 kematian. Sementara itu, sebanyak 9,592 kes aktif dilaporkan, kurang sedikit berbanding 9,729 kes semalam.

Read More

Malaysia catat 2,589 kes baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Selepas lapan bulan, Kementerian Kesihatan kembali merekodkan kes penularan Covid-19 di bawah 3,000 iaitu sebanyak 2,589 kes baharu dicatatkan setakat pukul  12 tengah hari ini. Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 3,000 ialah pada 26 April lalu iaitu sebanyak 2,776 kes. Semalam, sebanyak 3,108 kes direkodkan selepas tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 4,000 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu menjadikan sebanyak 2,721,544 individu pernah dijangkiti virus berkenaan. Dr Noor Hisham berkata, pihaknya menjangka berlaku peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana…

Read More

Seri Paduka lawat mangsa banjir

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Wisma Belia, PPS Dewan Paya Besar dan PPS SMK Sungai Isap, Kuantan, Pahang hari ini, 20 Disember. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Seri Paduka Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam bermula pukul 12 tengah hari menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di tiga PPS tersebut. Baginda berdua turut…

Read More

Kes tempatan Omicron di Thailand

BANGKOK 20 Dis. – Seorang wanita rakyat Thailand berusia 49 tahun menjadi kes tempatan pertama dijangkiti virus Omicron di negara ini. Wanita itu dijangkiti virus daripada suaminya, juruterbang warga Colombia yang pulang ke Thailand dari Nigeria pada 26 November lalu. Menurut Pengarah Komunikasi Jabatan Kawalan Penyakit,  Sumanee Wacharasin, lelaki itu sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca. Dia kemudian mendapat dos penggalak Pfizer pada 1 Disember dan tinggal bersama isteri pada 4 hingga 6 Disember serta demam, sakit tekak dan keletihan. Satu ujian dilakukan dan hasilnya negatif pada 6 Disember dan setelah…

Read More

Jangkaan peningkatan kes Covid-19

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa lokasi merekodkan 181 kes positif. Setakat pukul 11 pagi, antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Melaka serta Negeri Sembilan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kebanyakan kes positif terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2, iaitu yang tidak mempunyai gejala atau menunjukkan gejala ringan. Sehubungan itu, katanya, semua individu berkenaan dipindahkan ke…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.92 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi didahului Pulau Pinang dan Pahang dengan masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.97, Perak 0.96, Melaka 0.96, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.95 dan Perlis 0.93. Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.92 adalah Kelantan 0.90, Kedah 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.89, Sabah 0.84 dan Sarawak 0.74

Read More

Bomba siasat punca flat terbakar

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mangsa kebakaran lapan unit Flat Sri Johor di Cheras, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau turut mengumumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baharu untuk mangsa yang terlibat. “Ada lapan unit yang terlibat dalam kebakaran ini dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar memaklumkan kepada saya, pihak DBKL akan menyediakan rumah baru kepada mangsa yang terlibat. “Bagi 32 unit lagi iaitu tingkat tiga ke bawah, pihak bomba akan lakukan siasatan, jika didapati tidak lagi…

Read More