Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.92 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya.

Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi didahului Pulau Pinang dan Pahang dengan masing-masing merekodkan 1.00.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.97, Perak 0.96, Melaka 0.96, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.95 dan Perlis 0.93.

Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.92 adalah Kelantan 0.90, Kedah 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.89, Sabah 0.84 dan Sarawak 0.74

Related posts

Leave a Comment