743 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 743 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 268,659 kes dan 746 kematian. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 766 kes yang direkodkan semalam. Sebanyak 707 kes baharu dalam masyarakat, 12 kes import, dan 24 kes baharu di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, kedua-dua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Seramai 1,521 pesakit dibenarkan pulang dengan 226 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Sementara itu sebanyak…

Read More

Brunei Darussalam catat 22 kes baharu

BERAKAS 4 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan 22 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,164. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu iaitu kluster kediaman dengan dua kes dilaporkan. Katanya, sebanyak 13 tambahan kes baharu pula melibatkan empat kluster aktif sedia ada manakala tujuh kes tidak diketahui punca jangkitan. Dr. Md Isham juga memberitahu sebanyak lima kluster ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah klister aktif 118. Sebanyak 71 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah…

Read More

29 kes baharu, 2 kematian di Saudi

RIYADH 4 Dis. – Arab Saudi terus mengekalkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 50 dengan 29 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 38 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, dalam tempoh 24 jam, dua lagi kematian dilaporkan berbanding seorang meninggal dunia semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,877 manakala jumlah kematian pula 8,842 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 21 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 539,011 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 39 pesakit dilaporkan…

Read More

Dos penggalak diwajibkan

JEDDAH 4 Dis. – Semua warga dan penduduk Arab Saudi diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bermula 1 Februari tahun depan. Memetik laporan Saudi Gazette semalam, sumber dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status “imun” di aplikasi Tawakkalna. Saudi Gazette melaporkan, sumber itu menjelaskan bahawa suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan setelah seseorang mendapatkan dos kedua vaksin. Status “imun” diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu. Semalam, Arab Saudi melaporkan 38 jangkitan…

Read More

Kes harian turun kepada 4,896

PUTRAJAYA 4 Dis. – Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 4,896 kes setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,551 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,654,474 orang. Pada 28 hingga 30 November lalu, Malaysia merekodkan jumlah kes harian di bawah 5,000 iaitu 4,239 ; 4,087 dan 4,879 sebelum naik ke angka melebihi 5,000 iaitu 5,439 (1 Dis.) dan 5,806 (2 Dis.). Menurut Dr Noor Hisham, setakat ini 490 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi…

Read More

Thailand catat 5,896 kes baharu

BANGKOK 4 Dis. – Thailand merekodkan 5,896 kes baharu Covid-19 dan 37 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,136,537 dan 20,917 kematian. Jumlah keseluruhan kes menunjukkan peningkatan berbanding 4,912 semalam manakala kematian bertambah sedikit berbanding 33 semalam. Daripada jumlah kes baharu itu, 5,884 adalah kes tempatan termasuk 4,609 yang dikesan di hospital, 148 ujian pengesanan dan 1,127 banduan di samping 12 kes import. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, pada Jumaat, sebanyak 5,666 kes Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,042,666 orang. Sejak gelombang ketiga…

Read More

517 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 517 pertambahan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,834,294. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 1,139 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,770,726 orang pulih atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 49,230 orang apabila 243 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu kes aktif yang direkodkan adalah 14,338 kurang sedikit berbanding 14,977 yang dilaporkan semalam.

Read More

Tiada kes baharu kontak rapat

SUBANG 4 Dis – Tiada kes baharu kontak rapat dilaporkan hasil siasatan terhadapĀ terhadap kes indeks Omicron dalam pesawat yang sama dan sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, pengesanan kontak rapat kes pertama Varian Membimbangkan (VOC) itu dibuat menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan. Beliau berkata, hanya dua penumpang yang juga warga asing dalam penerbangan sama dikategorikan sebagai kontak rapat, namun ujian saringan ketika ketibaan dan ulangan, selepas menjalani kuarantin adalah negatif. “Penumpang yang berada di empat barisan hadapan dan empat barisan belakang, kiri…

Read More

Pas tanding berapa kerusi PRN Sarawak?

KEPALA BATAS 4 Dis. – Tunggu 6 Disember ini bagi mengetahui jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijadual berlangsung 18 Disember ini. Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata, parti itu akan tetap bertanding, namun jumlah kerusi dan siapa yang bertanding hanya akan diketahui pada hari penamaan calon Isnin ini. Pas, parti komponen Perikatan Nasional (PN) setakat ini enggan mendedahkan jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi. ā€œNanti tengok pada 6 hari bulan, tengok Pas bertanding berapa kerusi. Tunggu hari penamaan calon,…

Read More