Kes harian turun kepada 4,896

PUTRAJAYA 4 Dis. – Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 4,896 kes setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,551 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,654,474 orang.

Pada 28 hingga 30 November lalu, Malaysia merekodkan jumlah kes harian di bawah 5,000 iaitu 4,239 ; 4,087 dan 4,879 sebelum naik ke angka melebihi 5,000 iaitu 5,439 (1 Dis.) dan 5,806 (2 Dis.).

Menurut Dr Noor Hisham, setakat ini 490 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 269 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 4,676 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,561,230.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.4 peratus atau 4,817 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.6 peratus atau bersamaan 79 kes.
Dalam pada itu, empat kluster baharu turut dikesan dengan 227 kluster masih lagi aktif sementara 5,742 kluster telah diisytiharkan tamat.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!