517 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 517 pertambahan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,834,294.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 1,139 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,770,726 orang pulih atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 49,230 orang apabila 243 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu kes aktif yang direkodkan adalah 14,338 kurang sedikit berbanding 14,977 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment