Brunei Darussalam catat 22 kes baharu

BERAKAS 4 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan 22 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,164.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu iaitu kluster kediaman dengan dua kes dilaporkan.

Katanya, sebanyak 13 tambahan kes baharu pula melibatkan empat kluster aktif sedia ada manakala tujuh kes tidak diketahui punca jangkitan.

Dr. Md Isham juga memberitahu sebanyak lima kluster ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah klister aktif 118.

Sebanyak 71 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 14,718.

Dalam kalangan 346 kes aktif, satu kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment