29 kes baharu, 2 kematian di Saudi

RIYADH 4 Dis. – Arab Saudi terus mengekalkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 50 dengan 29 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 38 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, dalam tempoh 24 jam, dua lagi kematian dilaporkan berbanding seorang meninggal dunia semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,877 manakala jumlah kematian pula 8,842 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 21 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 539,011 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 39 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment