Dos penggalak diwajibkan

JEDDAH 4 Dis. – Semua warga dan penduduk Arab Saudi diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bermula 1 Februari tahun depan.

Memetik laporan Saudi Gazette semalam, sumber dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status “imun” di aplikasi Tawakkalna.

Saudi Gazette melaporkan, sumber itu menjelaskan bahawa suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan setelah seseorang mendapatkan dos kedua vaksin.

Status “imun” diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu.

Semalam, Arab Saudi melaporkan 38 jangkitan baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian akibat komplikasi disebabkan koronavirus itu.

Ini membawa jumlah jangkitan keseluruhan kepada lebih 549,800 dan angka kematian setakat ini sebanyak 8,840.

Related posts

Leave a Comment