743 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 743 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 268,659 kes dan 746 kematian.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 766 kes yang direkodkan semalam.

Sebanyak 707 kes baharu dalam masyarakat, 12 kes import, dan 24 kes baharu di asrama pekerja asing.

Bagi kes kematian pula, kedua-dua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Seramai 1,521 pesakit dibenarkan pulang dengan 226 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Sementara itu sebanyak 893 pesakit masih dirawat di hospital di mana 179 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enpat kes tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 54 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Keseluruhan kadar penggunaan ICU adalah 54.7 peratus, susut berbanding 57.3 peratus semalam.

Mengenai vaksinasi, 87 peratus sudah lengkap dua dos dan jumlah sama bagi satu dos dan 28 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment