Thailand catat 5,896 kes baharu

BANGKOK 4 Dis. – Thailand merekodkan 5,896 kes baharu Covid-19 dan 37 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,136,537 dan 20,917 kematian.

Jumlah keseluruhan kes menunjukkan peningkatan berbanding 4,912 semalam manakala kematian bertambah sedikit berbanding 33 semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, 5,884 adalah kes tempatan termasuk 4,609 yang dikesan di hospital, 148 ujian pengesanan dan 1,127 banduan di samping 12 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, pada Jumaat, sebanyak 5,666 kes Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,042,666 orang.

Sejak gelombang ketiga Covid-19 bermula pada 1 April lalu, Thailand merekodkan 2,107,674 kes di mana 2,015,240 dilaporkan sembuh dengan 20,823 kematian.

Dan sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat 2,136,537 kes dilaporkan sehingga hari ini dengan 2,042,666 kes sembuh dan 20,917 kematian.

Setakat Jumaat, sebanyak 94.53 juta vaksin telah didaftarkan di mana 67.8 peratus menerima satu dos, 58.4 peratus mendapat dua dos dan 5.0 peratus mendapat dos penggalak.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian yang direkodkan melibatkan warga Thai yang berusia 31 hingga 39 tahun,

Bangkok merekodkan enam kematian berbanding empat semalam, manakala di Selatan, 14 kes termasuk lima di Songkla, dua masing-masing di Nakhon Si Thammarat dan Satun, serta masing-masing satu di Krabi, Trang, Pattani Ranong  dan Surat Thani dan enam di utara.

Sementara itu Bangkok merekodkan 892 kes diikuti Nakhon Si Thammarat 396, Songkhla 325, Surat Thani 169, Chon Buri 168, Pattani 159, Chiang Mai 150, Yala 120, Samut Prakan 116 dan Prachin Buri 94.

Dalam kalangan 12 kes import, satu kes masing-masing dari Netherlands, Mauritius, United Kingdom, Malaysia dan Myanmar, manakala dua kes masing-masing dari Poland dan Jerman, sertabtiga dari Kemboja,

Related posts

Leave a Comment