Tiada kes baharu kontak rapat

SUBANG 4 Dis – Tiada kes baharu kontak rapat dilaporkan hasil siasatan terhadap terhadap kes indeks Omicron dalam pesawat yang sama dan sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, pengesanan kontak rapat kes pertama Varian Membimbangkan (VOC) itu dibuat menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan.

Beliau berkata, hanya dua penumpang yang juga warga asing dalam penerbangan sama dikategorikan sebagai kontak rapat, namun ujian saringan ketika ketibaan dan ulangan, selepas menjalani kuarantin adalah negatif.

“Penumpang yang berada di empat barisan hadapan dan empat barisan belakang, kiri dan kanan, hanya dua orang saja boleh dikategorikan sebagai kontak rapat, kedua-dua mereka ialah warga asing,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan terhadap mereka adalah negatif Covid-19, iaitu semasa ujian ketibaan dan ujian ulangan, sebelum diberi pelepasan daripada kuarantin.

“Setakat ini tiada lagi kes kontak rapat baharu dalam penerbangan sama dengan kes indeks, namun pengesanan akan terus dijalankan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021, di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment