Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 24 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam turun kepada 0.99 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya.

Dua belas negeri mengatasi kadar purata kebangsaan manakala satu negeri iaitu Kelantan menyamai kadar 0.99 dan tiga negeri lagi di bawah purata kebangsaan.

Wilayah Persekutuan Labuan mendahului dengan 1.18 diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.12 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05.

Selangor dan Johor masing-masing merekodkan 1.04 diikuti Pahang 1.03, Perak 1.02, Melaka 1.02, Negeri Sembilan 1.01, Kedah 1.01, Sabah 1.01 dan Pulau Pinang 1.00.

Sementara itu Terengganu merekodkan 0.98, Perlis 0.96 dan Sarawak 0.81.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment