Jangan alpa lihat trend penurunan

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kebanyakan petunjuk utama bagi penularan CAovid-19 di negara ini iaitu purata kes aktif, kematian dan kadar kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menunjukkan trend penurunan. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt mencatatkan peningkatan harian sejak 6 November lalu. Ini memberi kesan kes baharu Covid-19 yang juga meningkat, iaitu sebanyak 11 peratus berbanding minggu sebelumnya. Katanya, sehingga 13 November iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-45, sebanyak 2,541,147 kes kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 64,047 kes aktif dan…

Read More

Saudi kekal bawah 50 kes harian

RIYADH 16 Nov. – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan jumlahnya kekal di bawah 50 kes apabila merekodkan 37 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 38 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama, dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam dengan tiga kematian. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,297 dan 8,818 kematian. Sebanyak 44 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 538,373 Di samping itu, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 50 pesakit dalam keadaan kritikal.

Read More

Dasar baharu ambil vaksin

PUTRAJAYA 16 Nov – Pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara ‘walk in’ atau datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kemudahan kesihatan swasta di seluruh negara akan dilaksana, mulai Isnin ini. Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) menjelaskan dasar terbaru itu dipersetujui menerusi mesyuarat dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini. Sehubungan itu, pendaftaran bagi kaedah datang terus akan dilaksanakan bagi lima kategori individu. Ia merangkumi individu layak pemberian dos penggalak; ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu; belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Cogid-19; terlepas…

Read More

22 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 16 Nov. – Angka jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini menunjukkan penurunan apabila merekodkan 22 kes baharu dengan dua kluster baharu melibatkan 16 kes. Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 14,291. Katanya, terdapat satu tambahan kes baharu pada satu kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Lima lagi kes baharu sedang dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Menurut Dr. Md Isham empat kluster – Derma Wangsa Cluster, Jodico…

Read More

Malaysia meterai VTL

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Malaysia akan memeterai Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) bersama beberapa negara lain, dengan berkonsepkan pembukaan sempadan secara lebih selamat bagi merancakkan ekonomi. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perbincangan  giat dilakukan bersama rakan sejawatan beberapa negara seperti Brunei dan Thailand. Kemudahan VTL pertama dilaksanakan Malaysia iaitu dengan Singapura pada 29 November ini menerusi pengangkutan udara, sebelum disusuli laluan darat manakala VTL di antara Kuala Lumpur-Jakarta memasuki fasa rundingan asas. Menurut Khairy, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo secara prinsipnya mengumumkan VTL di antara…

Read More

Filipina catat kes lebih rendah

MANILA 16 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan kes harian Covid-19 yang lebih rendah hari ini di bawah 1,000 kes apabila merekodkan 849 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,819,341. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 2,393 pesakit yang sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,748,069 orang pulih. Dalam tempoh yang sama jumlah kematian meningkat kepada 45,808 orang apabila 99 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 25,464 kes aktif dilaporkan berbanding 27,025 semalam.

Read More

Kes harian Thailand turun

BANGKOK 16 Nov. – Thailand merekodkan 5,947 kes baharu Covid-19 termasuk 11 kes import hari ini, yang menunjukkan penurunan berbanding 7,079 yang dilaporkan semalam. Bagaimanapun jumlah kematian harian meningkat apabila 62 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 47 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,030,700 dan kematian pula 20,143 orang. Semalam, sebanyak 7,943 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan 1,918,452. Sejak 1 April bermulanya gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan 2,001,837 kes, di mana 1,891,026 dilaporkan sembuh manakala sejak bermula pandemik, 2,030,700 kes direkodkan dan 1,918,452…

Read More

Kes harian Malaysia 5,413

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,413 kes jangkitan baharu COVID-19, setakat tengah hari ini. Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kes positif baharu dilaporkan semalam iaitu sebanyak 5,143 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes Covid-19 setakat ini. Untuk rekod sebelum ini tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.) diikuti 5,809 (13 Nov.) dan 5,162 (14 Nov.).

Read More

R-naught Malaysia kekal 1.05

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia semalam kekal dengan kadar 1.05, angka sama untuk tiga hari berturut-turut. Hanya satu negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu iaitu Putrajaya yang merekodkan 1.17 berbanding 1.20 pada hari sebelumnya. Manakala Negeri Sembilan pula menyamai purata kebangsaan 1.05 sementara negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan. Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 1.04, diikuti Pahang 1.02 dan Sabah 1.00. Negeri-negeri lain, Kedah 0.99, Johor 0.99, Melaka 0.97, Perak 0.96, Pulau Pinang 0.94, Terengganu 0.94, dan Sarawak 0.86.…

Read More