R-naught Malaysia kekal 1.05

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia semalam kekal dengan kadar 1.05, angka sama untuk tiga hari berturut-turut.

Hanya satu negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu iaitu Putrajaya yang merekodkan 1.17 berbanding 1.20 pada hari sebelumnya.

Manakala Negeri Sembilan pula menyamai purata kebangsaan 1.05 sementara negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan.

Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 1.04, diikuti Pahang 1.02 dan Sabah 1.00.

Negeri-negeri lain, Kedah 0.99, Johor 0.99, Melaka 0.97, Perak 0.96, Pulau Pinang 0.94, Terengganu 0.94, dan Sarawak 0.86.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 12 kes dan Perlis 8 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment