Dasar baharu ambil vaksin

PUTRAJAYA 16 Nov – Pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara ‘walk in’ atau datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kemudahan kesihatan swasta di seluruh negara akan dilaksana, mulai Isnin ini.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) menjelaskan dasar terbaru itu dipersetujui menerusi mesyuarat dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Sehubungan itu, pendaftaran bagi kaedah datang terus akan dilaksanakan bagi lima kategori individu.

Ia merangkumi individu layak pemberian dos penggalak; ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu; belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Cogid-19; terlepas janji temu dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan imunisasi.

Sekiranya ada pembatalan janji temu atau gagal hadir oleh mereka yang menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera, CITF-B berkata, pendekatan pendaftaran senarai menunggu untuk datang terus akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optimum.

Selain pendaftaran secara ‘walk in’ ke PPV kemudahan kesihatan swasta, pendaftaran boleh dilakukan melalui telefon dan e-mel..

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk- in’, telefon dan email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November depan.

Sehingga kini, lebih sejuta dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment