Kes harian Malaysia 5,413

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,413 kes jangkitan baharu COVID-19, setakat tengah hari ini.

Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kes positif baharu dilaporkan semalam iaitu sebanyak 5,143 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes Covid-19 setakat ini.

Untuk rekod sebelum ini tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.) diikuti 5,809 (13 Nov.) dan 5,162 (14 Nov.).

Related posts

Leave a Comment