Saudi kekal bawah 50 kes harian

RIYADH 16 Nov. – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan jumlahnya kekal di bawah 50 kes apabila merekodkan 37 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 38 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama, dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam dengan tiga kematian.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,297 dan 8,818 kematian.

Sebanyak 44 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 538,373

Di samping itu, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 50 pesakit dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment