Indonesia catat 339 kes harian

JAKARTA 14 Nov. – Indonesia merekodkan 339 kes baharu Covid-19 hari ini dan 15 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,250,855 kes dan 143,659 orang meninggal dunia. Kes sembuh pula merekodkan 503 orang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,098,178 orang. Terdapat lima provinsi merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta sebanyak 92 kes dengan kumulatifnya 862,789 kes diikuti Jawa Tengah 30 kes (485,829), Jawa Timur 28 (398,924), Kalimantan Barat 26 (41,299) serta Jawa Barat 25 (706,874). Jakarta juga merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 109  dan kumulatifnya 848,497,…

Read More

Manifesto Ikrar PN Untuk Melaka

SHAH ALAM 14 Nov. –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Ikrar PN Untuk Melaka, manifesto gabungan itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan slogan ‘Melaka Bangkit Gemilang’. Muhyiddin berkata, Ikrar PN Untuk Melaka berteraskan enam tunjang utama, 11 strategi dan 74 pendekatan yang berteraskan suara rakyat. Katanya, tunjang berkenaan ialah keutuhan ekonomi, keprihatinan kepada rakyat, kelestarian alam sekitar, kecekapan infrastruktur serta keteguhan dan kejujuran pentadbiran. Selain itu, katanya, PN menyediakan ikrar berpacukan 11 strategi dan berlandaskan 74 pendekatan bagi membentuk Melaka sebagai negeri maju, prihatin…

Read More

Arab Saudi catat kes rendah

RIYADH 14 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 di bawah 50 kes apabila 30 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah sebanyak 549,222. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 8,813 orang meninggal dunia. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 52 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 538,274 orang pulih daripada pandemik. Sementara itu, dalam kalangan kes aktif yang direkodkan, sebanyak 73 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

Thailand lapor 7,079 kes baharu

BANGKOK 14 Nov. – Thailand merekodkan 7,079 kes baharu Covid-19 dan 47 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,018,410 kes dan 20,036 kematian. Daripada jumlah kes harian itu, 7,070 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 694 kes manakala enam daripada 10 wilayah kebanyakan di selatan juga mencatatkan kes tinggi. Songkhla merekodkan 460 kes, Pattani 371, Nakhon Si Thammarat 349, Narathiwat 339, Surat Thani 244 dan Yala 204. Kes import pula adalah dari Kemboja, Denmark,…

Read More

Kes di Brunei Darussalam capai 14,215

BERAKAS 14 Nov. – Sebanyak 43 kes baharu jangkitan Covid-19 dan satu kluster baharu empat kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 14,215 orang. Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, terdapat 25 tambahan kes baharu pada tujuh kluster aktif yang sedia ada pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, tiga kluster iaitu Kluster HTG Services Sdn Bhd, Kluster 7397 dan Kluster 7777 ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari dan ini menjadikan jumlah…

Read More

Filipina catat 1,926 kes baharu

MANILA 14 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,926 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,816,980 kes. Daripada jumlah 2.8 juta kes itu, sebanyak 2,743,297 pesakit dilaporkan sembuh atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 3,140 pesakit dilaporkan sembuh hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 1,696 kes semalam. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 309 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 45,581 orang. Sebanyak 28,102 kes aktif direkodkan turun sedikit berbanding 29,382 kes yang dilaporkan semalam.

Read More

Kes baharu Malaysia 5,162

PUTRAJAYA 14 Nov. –  Kes harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan apabila sejumlah 5,162 kes direkodkan hari ini berbanding 5,809 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,546,309 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Angka penularan Covid-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes selepas melepasi angka berkenaan tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

Read More

Pas tidak setuju dengan ‘Timah’

IPOH 14 Nov. – Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad. Katanya, pendirian Pas berhubung perkara itu tetap sama sejak dari awal lagi. “Dalam hal ni jelaslah, tuan-tuan tengok pendirian Pas bab arak ni clear (jelas). Kita tidak setuju dalam apa nama… Timah ke tak Timah ke, itu jelas kepada kita daripada awal lagi. Tak ada lagi tuan-tuan tengok di kalangan pimpinan Pas sokong bab Timah ni, bab arak ni. Kita tak setuju, atas…

Read More

Tiada lagi lesen judi di Kedah

ALOR SETAR 14 Nov – Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu bagi mengelak mudarat yang lebih besar kepada penduduk. Beliau yang tidak menyatakan bilangan lesen premis judi di Kedah ketika ini berkata, mana-mana lesen premis yang telah tamat tempoh selepas ini tidak akan diperbaharui lagi untuk operasi perjudian. “Saya bukan kata tutup tapi saya tidak bagi lesen premis,…

Read More

Bawa pulang ‘buah tangan’ Covid-19

KUANTAN 14 Nov. – Sedar atau tidak, ada waris atau ahli keluarga pulang ke kampung dengan membawa “buah tangan” Covid-19 dan kemudiannya menghadiri kenduri atau majlis keluarga tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Situasi ini berlaku di Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Pekan sehingga terdapat sedikit peningkatan kes Covid-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dr Nor Azimi Yunus, berkata berdasarkan rekod, peningkatan jangkitan di Pekan disumbangkan oleh kes dari kawasan Felda Chini. Katanya, statistik menunjukkan sebanyak 62 kes Covid-19 membabitkan 25 keluarga dikesan di Felda Chini 1 hingga Felda Chini…

Read More