Kes baharu Malaysia 5,162

PUTRAJAYA 14 Nov. –  Kes harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan apabila sejumlah 5,162 kes direkodkan hari ini berbanding 5,809 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,546,309 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Angka penularan Covid-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes selepas melepasi angka berkenaan tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

Related posts

Leave a Comment