Kes di Brunei Darussalam capai 14,215

BERAKAS 14 Nov. – Sebanyak 43 kes baharu jangkitan Covid-19 dan satu kluster baharu empat kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 14,215 orang.

Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, terdapat 25 tambahan kes baharu pada tujuh kluster aktif yang sedia ada pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Katanya, tiga kluster iaitu Kluster HTG Services Sdn Bhd, Kluster 7397 dan Kluster 7777 ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari dan ini menjadikan jumlah kluster yang ada sebanyak 164.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 14 kes baharu yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Mengenai kes sembuh, beliau memberitahu sebanyak 115 kes dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 13,562 pesakit sembuh manakala kes aktif pula sebanyak 555.

”Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, empat kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation),” katanya.

Tiga kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sementara itu, tiga kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

”Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 4,826 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 560,141 ujian,” katanya.

Related posts

Leave a Comment