Thailand lapor 7,079 kes baharu

BANGKOK 14 Nov. – Thailand merekodkan 7,079 kes baharu Covid-19 dan 47 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,018,410 kes dan 20,036 kematian.

Daripada jumlah kes harian itu, 7,070 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 694 kes manakala enam daripada 10 wilayah kebanyakan di selatan juga mencatatkan kes tinggi.

Songkhla merekodkan 460 kes, Pattani 371, Nakhon Si Thammarat 349, Narathiwat 339, Surat Thani 244 dan Yala 204.

Kes import pula adalah dari Kemboja, Denmark, Rusia , United Kingdom dan Australia.

Pada Sabtu, sebanyak 95,528 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,808 pesakit kritikal dan 425 memerlukan ventilator.

Sebanyak 6,917 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 1,902,846 orang.

Related posts

Leave a Comment